Friday, November 12, 2010

guru cemerlang matematik

semalam aku dapat surat tawaran guru cemerlang matematik dg 44. tak sangka dapat juga aku. inilah rezeki namanya.Insya Allah aku akan cuba jadi orang yang lebih cemerlang lagi (ingatkan Allah)

Tuesday, August 24, 2010

puasa

hari ni dah puasa yang ke 14. Cepat sangat masa berlalu. pejam-celik-pejam celik dah dekat nak raya.Tahun ni banyak perkara yang tak terduka berlaku dalam bulan puasa ni. Ayah bunuh isteri dan anaknya, curah dengan asid, buang anak macam biasala....tak puasa lagi biasa. Pusat-pusat maksiat masih beroperasi dalam bulan puasa...amaran Allah tak diendahkan langsung..pasar ramadhon dah membuanuh tiga orang..di melaka..di kuantan berlaku ribut menerbangkan khemah dan pokok-pokok.........insaflah dan kembalilah kepada Allah......sebelum bencana berlaku algi

Tuesday, June 22, 2010

 
Posted by Picasa


guna duit RM macam air je .......cuba guna duit ni ,,kalau boleh menambah rezeki,,,,kik..kik,...

Wednesday, June 2, 2010

hari guru


hari ni bukan hari guru. hari guru sepatutnya 16mei..dah lama berlalu. Tapi bagi aku hari guru sama je........guru adalah segalanya...cuma guru bukan malaikat atau tuhan je..yang lain semua guru bedal. Gurulah tukang cuci, gurulah tukang taip, gurulah tukang kira dan segala-galanya..cuma aku malas nak citer kat sini semuanya..ada ke patut Sambutan hari guru,, guru yang kena buat kerja...patutnya parentlah yang raikan guru....
di sekolah anak murid buat persembahan untuk hiburkan hati guru yang dah lama terluka...macam-macam masalah dalam pendidikan ni..tengok ada yang bagi hadiah,, walapun tak seberapa..tapi ok juga...dapat sabun lux seketul...cukuplah untuk seminggu mandi...kah.kah......
di sekolah ada buat persembahan untuk hiburkan hati guru di sekolah.....bukan hati emak atu ayahnya,,,walaupun ayah dan emaknya seorang guru.

Wednesday, April 7, 2010

relax..

dah lama kau tak berblog.tak da apa berita baru yang hendak ditulis. Hari-hari perkara yang sama aje aku lakukan. Balik sekolah, relax..mandi, sembahyang..Tengok internet..Kalau ade baju yang tak sidai , pegi sidaikan..asar sembahyang..buat kerja apa yang patut. malam tengok tv..tidur..aku dah hafal dengan rutin hidup aku ni. Boring memang boring..tapi inilah kehidupan.Aku harap suatu masa nanti berubahlah sikit rutin aku ni...
lain sikit dengan keje orang..hari-hari naik kalpal terbang pergi mesyuarat sana sini, pergi sabah, pergi sarawak, melancong , makan angin..berbeza sangat dengan kehidupan aku..hari-hari tengok muka anak murid yang senang diajar dan payah nak diajar. Tuhan ajelah yang tahu, susahnya jadi cikgu ni. lebih-lebih lagi mengajor kelas peperiksaan. Ibu bapa pun macam tak tahu aje..ingat cikgu ni ahli silap mata ke????apa-apa pun aku harap aku akan dapat bertukar kerja aku ni, jadi pensyarah ke, jadi pegawai ke, asalkan dapat bertukar dari sekolah aku ni ni..eeee Tensionnya......

Thursday, March 11, 2010

IAB

pagi ni seawal pukul 5 pagi, aku dah bertolak ke IAB. untuk temuduga pensyarah dg 44. dan sampai kira-kira 8.30 pagi. selesai temuduga pukul 5.00 petang. perjalanan membuatkan aku malas nak berulang ke kuantan, itu pun jika diterima. baik tunggu dg44 di sekolah je. Tak tahulah .....kena buat istiharah dulu kalau dapat

Saturday, March 6, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG

hari ni ada mesyuarat agung PIBg kat sekolah. Dato Shafik Fauzan yang merasmikannya. Lagipun anak dia tahun 6 d Teruntum. jadi ada masa kena datang juga sebagai ibu bapa...pukul 12.30 mesyuarat baru habis...apalah punya lamanya mesyuarat..sikit-sikit sudahlah.......
hari ni aku pergi ke sekolah along. dah seminggu dia kat sana langsung tak telepon...risau juga. sampai sana tak dapat pulak jumpa, pasal dia ada kelas add math..tak palah esok aje. Aku doakan dia berjaya di sana dan jadi orang yang berguan untuk agama, bangsa dan negara..Amin

Friday, March 5, 2010

guru cemerlang

Hari ni,Nazir Negeri datang ke sekolah untuk nilai aku untuk jawatan guru cemerlang (gc) matematik. Observe aku mengajara aku mengajar matematik dan temuduga macam-macam. Seksanya nak jadi guru cemerlang ni, entah dapat ke tidak. Tapi harap dapatlah. InsyaAllah...

Wednesday, February 24, 2010

kereta baharu

hari ni aku dapat kereta baharu. Tapi bukan kereta baharu beli, tapi kereta kancil aku dah keluar hospital. Rasa nak menjerit aje bila workshop telepon boleh ambil kereta. Lepas ni legalah , tak lagi nak tumpang orang. menyusahkan orang aje...tapi terima kasih pada member yang sudi menolong. baru inilah kita tahu siapa yang boleh dijadikan kawan atau lawan......
hari ni pun nazir negeri pahang telefon aku suruh ready untuk pemantauan guru cemerlang matematik DG 44. Terkejut juga aku..aku harap rezeki akan berpihak pada aku. Insya Allah. doa-doakan lah....

Wednesday, February 17, 2010

object width="425" height="344">

Tuesday, February 16, 2010

mercys

boring-boring ni layang lagu mat indon pun ok jugak....kumpulan mercys ni mengingatkan aku masa aku muda-muda dulu. lagu ini memang pilihan utama masa majlis orang kawin di kampung-kampung...teringat pada din sate..entah ap jadi padd mu..
lagu ini memang kerap dinyanyikan oleh din sate pada malam di kampung, sehingga kedengaran di seluruh kampung. suaranya memang ada kelasssss...tapi sekrang ni dia di mana ye..

Monday, February 15, 2010

Thursday, February 11, 2010

hantar borang maktab

hari ni halim tolong aku postkan borang memohon maktab perguruan. aku dah tekad nak jadi pensyarah maktab. itupun kalau ada rezeki. Aku nak tinggalkan sekolah rendah yang dah lama aku ngajor. Boring pulak lama sangat . orang pun dah menyampah tengok kita..balik kita bla
ada rezeki aku dah bina hidup baru dengan keluarga di mana- mana yang dihantar. Insya Allah..itupun kalau dapat.

Monday, February 8, 2010

kenangan

ini gambar ketika balik langat..cuti dulu.. budak-budak kalau tak mandi sungai tak sah punya....balik singgah pulak kat zoo tengok binatang

sunyinya.....

hari ni dah masuk seminggu along duduk kat asrama. Sunyi pula tanpa dia di rumah..aan pegi latihan sukan di sekolah. Tinggal aku kat rumah sorang-sorang....masa ni lah teringatkan kat anak-anak........

tiba-tiba sedang aku tulis catatan ni, Along telefon dari sekolahnya.....

Sunday, February 7, 2010

boringnya...

hari ni main badminton kat beserah....malam tadi tak main kat isap jaya..letihnya...boring ....siang aku tidur aje. tak tau nak buat apa...

Saturday, February 6, 2010

ke pantai sepat

hari sabtu kenduri rumah ustad saiful. Plan nak jumpa Along di SBP.
Along tengah tidur masa aku sampai. Letih pagi tadi ada merentas desa.belum ada perubahan apa-apa..harap dia boleh sesuaikan diri di asrama dan keluar dengan penuh kejayaan..InsyaAllah

Saturday, January 30, 2010

plan apa lak?????

hari ni, rancang nak beli barang-barang along, persiapan untuk ke asrama penuh. smoga berjaya jadi rakyat yang berguna

Wednesday, January 27, 2010

accident

nak pergi sekolah, axcident lak pulak. Alhamdulillah cuma kereta aje yang remok.

Tuesday, January 26, 2010

alt=''style='clear:both;float:left; margin:0px 10px 10px 0;' /> 

tersenyum di hari raya..banyak dapt ke duit raya???

 
 
 
Posted by Picasa

Monday, January 4, 2010

dah buka sekolah dah





ari ni 4.1.2010. dah buka sekolah dah. Rasanya baru je cuti 5 minggu. Hai kejapnya sebulan dah sedar rasanya setahun. Tengok anak-anak dah membesar, baru sedar dah tua. Tapi kena sediakan bekalan di masa tua ..gitu
la ni along naik ke tingkatan 4. tunggu sbp. insyaALLAH semoga berjaya. PMR dia 7 A. AAn naik tingaktan 2. UPSR 2 A je.. aku tak harap sangat dia di upsr . smoga di pmr nanti dia berjaya lebih dari along. Ada pula masuk darjah 3. harap tahun ini dia berjaya jadi pelajar terbaik lagi.....aku dan isteri macam biasa......gembira lihat anak-anak membesar. Semoga kasih sayang kami berkekelan hingga ke akhirnya..Amin

hari anugerah

hari raya dilfitri 2009

hari raya dilfitri 2009
selamat hari raya idil fitri

raya

hari raya korban